Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Asal usul Padang Meha adalah diambil sempena nama Tok Meha. Dulunya, Padang Meha adalah merupakan Kampung yang hanya mempunyai 4 sehingga 6 biji rumah sahaja. Kini, kampung ini terdapat lebih kurang 150 biji buah rumah. Majoriti penduduk di kampung ini adalah melayu. Penduduk kampung ini dianggarkan berjumlah 500 orang. Kini, berdekatan kampung ini terdapat kawasan perumahan iaitu taman Taman Desa Aman. Manakala Taman Desaku adalah didalam proses untuk dibangunkan.

Selain itu, Padang Meha juga mempunyai banyak kawasan pertanian seperti tanaman nenas dan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bendi, cili dan lain-lain. Padang Meha dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, masjid, stesen petrol, klinik desa, kedai makan, kedai runcit dan lain-lain kemudahan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Pertandingan Wordsearch

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

Dapat memperkenalkan perkhidmatan yang ada di PI1M bersama dengan komuniti... baca selanjutnya

Gotong Royong PI1M 2018

Aktiviti Terkini | 6 Januari 2018

Dapat mengeratkan hubungan bersama ahli-ahli yang selalu datang ke PI1M serta merapatkan ukhwah... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2018

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Padang Meha ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Padang Meha seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya