Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Asal usul Padang Meha adalah diambil sempena nama Tok Meha. Dulunya, Padang Meha adalah merupakan Kampung yang hanya mempunyai 4 sehingga 6 biji rumah sahaja. Kini, kampung ini terdapat lebih kurang 150 biji buah rumah. Majoriti penduduk di kampung ini adalah melayu. Penduduk kampung ini dianggarkan berjumlah 500 orang. Kini, berdekatan kampung ini terdapat kawasan perumahan iaitu taman Taman Desa Aman. Manakala Taman Desaku adalah didalam proses untuk dibangunkan.

Selain itu, Padang Meha juga mempunyai banyak kawasan pertanian seperti tanaman nenas dan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bendi, cili dan lain-lain. Padang Meha dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, masjid, stesen petrol, klinik desa, kedai makan, kedai runcit dan lain-lain kemudahan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Pertandingan Selfie Raya & DIY Sampul Raya

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2018

Dapat mengeratkan hubungan bersama ahli-ahli yang selalu datang ke PI... baca selanjutnya

Program Bantuan Mangsa Banjir Bersama PI Utara - Digi

Aktiviti Terkini | 3 Jun 2018

Dapat menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir berbentuk pakaian, makanan dan wang tunai dan membantu membersihkan rumah mangsa banjir dan kawasan sekitar... baca selanjutnya

Pertandingan Lukisan Kreatif

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2018

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menonjolkan bakat kanak-kanak supaya lebih kreatif dalam melukis dan mewarna. Selain itu kanak-kanak dapat memahirkan diri kanak-kanak untuk melukis menggunakan Microsoft Paint. Tambahan lagi, pertandingan ini merupakan satu langkah untuk mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang seni... baca selanjutnya

Woman Health Awareness Program

Aktiviti Terkini | 5 April 2018

Bertujuan mengadakan ceramah kesihatan mengenai para wanita di luar sana... baca selanjutnya

Karnival Gempak

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2018

Dapat mengeratkan hubungan komuniti dan memperkenalkan perkhidmatan yang ada di PI1M... baca selanjutnya

Pertandingan Wordsearch

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

Dapat memperkenalkan perkhidmatan yang ada di PI1M bersama dengan komuniti... baca selanjutnya

Gotong Royong PI1M 2018

Aktiviti Terkini | 6 Januari 2018

Dapat mengeratkan hubungan bersama ahli-ahli yang selalu datang ke PI1M serta merapatkan ukhwah... baca selanjutnya