Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Asal usul Padang Meha adalah diambil sempena nama Tok Meha. Dulunya, Padang Meha adalah merupakan Kampung yang hanya mempunyai 4 sehingga 6 biji rumah sahaja. Kini, kampung ini terdapat lebih kurang 150 biji buah rumah. Majoriti penduduk di kampung ini adalah melayu. Penduduk kampung ini dianggarkan berjumlah 500 orang. Kini, berdekatan kampung ini terdapat kawasan perumahan iaitu taman Taman Desa Aman. Manakala Taman Desaku adalah didalam proses untuk dibangunkan.

Selain itu, Padang Meha juga mempunyai banyak kawasan pertanian seperti tanaman nenas dan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bendi, cili dan lain-lain. Padang Meha dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, masjid, stesen petrol, klinik desa, kedai makan, kedai runcit dan lain-lain kemudahan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Hari Terbuka Pusat Internet 1 MALAYSIA Padang Meha

Aktiviti Terkini | 2 Disember 2016

Aktiviti ini bertujuan memberikan pendedahan dan kelebihan yang diberikan kepada Penduduk setempat di Pusat Internet 1 Malaysia Padang Meha...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PERTANDINGAN LUKISAN KREATIF

Aktiviti Terkini | 26 November 2016

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menonjolkan bakat kanak-kanak supaya lebih kreatif dalam melukis dan mewarna. Selain itu kanak-kanak dapat memahirkan diri kanak-kanak untuk melukis menggunakan Microsoft Paint. Tambahan lagi, pertandingan ini merupakan satu langkah untuk mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang seni...baca selanjutnya

PERTANDINGAN SPEED TYPING

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2016

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menguji kemahiran untuk menaip dengan pantas menggunakan keyboard serta dapat memperbaiki kemahiran menaip individu tersebut.Di samping itu, pertandingan ini dapat mengajar peserta untuk fokus dan pantas dalam menggunakan keyboard...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG MENGHIAS PI1M PADANG MEHA

Aktiviti Terkini | 30 September 2016

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim serta ukhuwah diantara staff dan penduduk setempat di kawasan Padang Meha. Dalam pada itu, dengan adanya aktiviti ini, pusat internet ini dapat menarik penduduk setempat untuk datang kesini. Disamping itu, pusat internet ini akan lebih ceria dan meriah...baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Padang Meha ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Padang Meha seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya